flag-gb flag-my flag-zh flag-id flag-th flag-vi

Semasa sesi Asia emas meningkat sebanyak lebih daripada 0.6%

Emas mengekalkan trend ke atas disebabkan dollar yang melemah dan
penurunan di dalam keluk hasil Perbendaharaan US.

Matawang Amerika ini di bawah tekanan di dalam jangkaan mesyuarat
'Fed' di mana pengawal-selia ini mungkin mengisyaratkan keperluan
untuk kelonggaran selanjutnya polisi kewangan di tengah-tengah
penularan pandemik dan ketidakupayaan para penggubal undang-undang
untuk bersetuju mengenai pakej baru tindakan-tindakan rangsangan
ekonomi.

Jawatankuasa Perbankan Senat menyatakan pada hari Isnin bahawa
Pengerusi 'Fed' Jerome Powell dan Setiausaha Perbendaharaan US Stephen
Mnuchin akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa COVID-19.

Para penganalisa Citigroup semalam telah menerbitkan ramalan 12-bulan
untuk emas, di dalam yang mana sasaran cerah adalah paras $ 2,400
setiap auns. Pemandu pertumbuhan utama yang dinyatakan adalah
melemahnya dollar dan keuntungan sebenar yang negatif Perbendaharaan
US.

Pakar-pakar Morgan Stanley percaya bahawa pada akhir tahun ini, hasil
daripada sekuriti hutang 10-tahun akan kekal di bawah 1%. Pada masa
yang sama, keuntungan sebenar akan menjadi malahan lebih rendah
disebabkan oleh jangkaan-jangkaan inflasi. Secara jelas, di bawah
keadaan-keadaan ini, tarikan pelaburan emas kekal sangat lebih tinggi.

Di dalam jangka panjang, emas mempunyai peluang baik untuk meneruskan
trend 'bullish' (menaik) global.

Pada carta, 'bulls' (kenaikan) sedang menguji tanda 1967.00. Kita
belum lagi melihat reaksi kuat kepada paras tersebut. Kami masih
mempertimbangkan senario 'bullish' (menaik) pergerakan ini sebagai
satu keutamaan. Kami sedang menjangka pemecahan pada paras 1967.00 dan
pterumbuhan sebutharga ke paras 1993.00.

· Paras-paras rintangan: 1967.00, 1993.00, 2030.00.
· Paras-paras sokongan: 1940.00, 1914.00, 1900.00.

Senario utama - pemecahan rintangan pada paras 1.1967 dan pertumbuhan
ke paras 1993.00.
Senario alternatif - pengukuhan di dalam jajaran 1940.00-19670.00.

Jangkaan fundamental semasa adalah positif secara sederhana. Kami
menjangkakan titik kemasukan berada berhampiran paras 1953.00.

Latest news

Deposit Bonus 200%

2021-04-13 10:05:09

Only from April 12, 2021, to May 14, 2021, Deposit Bonus 200% is available for all FortFS clients! Use the advantage to engage for the unique offer within a limited period: activate the deposit bonus and get up to 200% on the deposit amount on your trading account! How to get a Deposit Bonus of […]

Reduced spreads for popular pairs

2021-02-11 15:07:39

FortFS wishes all traders a Happy Chinese New Year! Only from February 8 to March 12, 2021, we reduce spreads for the 4 most popular trading pairs. New values*: EURUSDf: 0.8 GBPUSDf: 0.9 USDJPYf: 1.0 XAUUSDf: 3.5 *These values are valid only for FLEX accounts Hurry up to take advantage of the offer! Learn more about spreads: https://www.fortfs.com/clients/specifications